『 Momentous Script 』

Tok Ketua


Note to Visitor(s) : If you want to share any of my post here, head to 'Archive', click on its title then copy from address bar to get the individual post URL.

To-Dos : Happy blogging!
Status : Building healthier relationship w/ digital world.


Home About Archive RSS Feeds Guestbook


Messaging Rectangle

From neocities/nekoweb/nekocafe or have a personal site of your own? Feel free to drop your site for me to check out here too!^^ 


Compass






Credit : Icons by Nightlight-Lullaby and PetraPixel, Blogskin by Wanaseoby from Blogger, Mouse Effect by MF2FM. Custom Blogger Archive by Kher Cheng Guan.




© 2013 - Eternity | Hazirul Shahran. Powered by Batcave and Blogger.com.
Kerja Gila
*3:14 a.m.*

Tadi aku ada buat satu kerja yang serius gila bagi aku! Aku tulis cadangan emas kepada FAM! Berikut ialah isi hati aku kepada mereka.

Assalamualaikum tuan,

Saya berhubung dengan tuan untuk memberi cadangan untuk memperbaharui sedikit corak pemakaian bagi pemain terutamanya bagi pemain muslim.

Seperti yang diajar dalam ajaran Islam, aurat seorang lelaki muslim ialah dari pusat hingga lutut.

Jadi dengan tegasnya saya mengemukakan cadangan agar para pemain muslim perlu memakai seluar yang pasti menutup lutut mereka sama ada seluar tiga suku atau seluar panjang.

Jujurnya, saya sangat menyanjungi para pemain bola tempatan sejak dari kecil akan tetapi minat saya kian memudar saban tahun kerana hal yang serius ini.

Mungkin dianggap remeh bagi masyarakat bukan Muslim, akan tetapi memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara bermasyarakat majoriti Muslim adalah tanggungjawab saya untuk membaiki keadaan walaupun hanya sedikit usaha sahaja saya mampu lakukan sebagai masyarakat biasa.

Adalah satu ketakutan besar bagi Muslim sejati apabila sudah terbiasakan diri melakukan dosa iaitu dengan melihat aurat lelaki sehingga ianya menjadi suatu perkara lumrah dalam masyarakat.

Saya cukup takut dengan ketidakendahan majoriti rakyat masyarakat muslim di Malaysia akan perkara tersebut.

Oleh demikian itu, saya memohon jasa tuan agar dapat mempertimbang cadangan saya seterusnya membuat tindakan susulan bagi membaikpulih mentaliti penduduk Malaysia khususnya bagi yang beragama Islam serta membentuk ketaqwaan yang lebih kuat buat para pemain kepada Allah SWT.

Terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca isi hati saya dan selamat maju jaya.

Tapi jujurnya aku rasa gila puas bila dah habis taip itu. Seolah-olah aku dah buat satu tindakan yang betul-betul mengakumkan. Aku tak pasti telahan aku benar ataupun tidak tapi ianya meniup semangat dakwah aku kepada semua orang yang membaca khususnya.

Labels: ,