Momentous Script

Tok Ketua


To-Dos : Make custom follow, dashboard and back to top button.
Status : SAMTTAJIAN (2016). Machangster (2017-2020). Pundana (2020-2022). Freelance Artist (Present Days).


Home About Archive RSS Feeds


Messaging Rectangle

From neocities/nekoweb/nekocafe or have a personal site of your own? Feel free to drop your site for me to check out here too!^^ 


Compass





Credit : Placeholder banner photo by Christian Taylor Hauschild. Icons by Nightlight-Lullaby and PetraPixel, Blogskin by Wanaseoby from Blogger, Mouse Effect by MF2FM. Custom Blogger Archive by Kher Cheng Guan.




© 2014 - Eternity | Hazirul Shahran. Powered by Batcave and Blogger.com.
Bayi yang bercakap dalam sejarah Islam
*8:03 a.m.*



Bila dengar cerita cerita bayi bercakap mesti kita dah bayangkan Nabi Isa,kan?Memandangkan semua dah tahu aku nak tambah lagi ilmu kat sini.Menurut ilmu aku yang terbatas ini,ada tiga bayi yang bercakap dalam sejarah Islam.Yang pertama sudah tentunya yang termasyhur di kalangan kita iaitu Nabi Isa semasa kecilnya sebagai mukjizat tanda kebesaran Allah.

Untuk kali ini aku nak cerita sorang jer dulu karang semua bosan baca post panjang berjela ni.Kalau best takpelah gak kan?Okey,cerita ni mengenai Juraisy;seorang ahli ibadah yang kurang penatnya terhadap ibadah.Segala jenis ibadahnya dilakukan dengan khusyuk sehinggakan ibunya memanggil pun tidak terjawab.

Kemudian ibunya pun berdoa agar dia dilindungi walaupun difitnah.
Satu hari,ketika Juraisy sedang solat,muncul pula seorang pelacur menggodanya.Tetapi godaan pelacur itu tidak berjaya lalu dia bertemu seorang pengembala kambing berhampiran rumah Juraisy.Pelacur dan pengembala kambing itu pun berzina.Pelacur itu pun melahirkan anak kemudiannya.

Dia mula menuduh bahawa Juraisy telah memperkosanya.Dia mengaku bahawa anaknya itu juga anaknya si Juraisy.Penduduk setempat pun mula menghukum Juraisy dengan sesuka hatinya.Juraisy menafikan segala tuduhan pelacur tersebut tetapi tiada yang percaya.Sampailah satu ketika,bayi pelacur itu pun bercakap.Dia menyatakan bahawa Juraisy bukan ayahnya.Ayahnya seorang pengembala kambing.Maka penduduk setempat pun percaya.

Haa...begitulah ceritanya.TAPI kalau ada tersalah silap fakta tolong bagitau aku cepat-cepat karang jadi ilmu sesat pulak.Tak nak aku menanggung dosa sesatkan orang lain.Eiiii...

Sumber: Kuliah magrib-isyak di Masjid Ubudiah Seksyen 19

Labels: , ,