Momentous Script

Tok Ketua


To-Dos : Make custom follow, dashboard and back to top button.
Status : SAMTTAJIAN (2016). Machangster (2017-2020). Pundana (2020-2022). Freelance Artist (Present Days).


Home About Archive RSS Feeds


Messaging Rectangle

From neocities/nekoweb/nekocafe or have a personal site of your own? Feel free to drop your site for me to check out here too!^^ 


Compass





Credit : Placeholder banner photo by Christian Taylor Hauschild. Icons by Nightlight-Lullaby and PetraPixel, Blogskin by Wanaseoby from Blogger, Mouse Effect by MF2FM. Custom Blogger Archive by Kher Cheng Guan.




© 2014 - Eternity | Hazirul Shahran. Powered by Batcave and Blogger.com.
12 Pendeta Kristian
Assalamualaikum,

*2:35 pm.*

Sekarang aku dah jarang sikit nak post merepek dalam blog ini. Apa pun aku nak bercerita part yang aku terlepas pandang sedikit pasal kisah 12 pendeta Kristian.

Selepas kewafatan Rasullah, 12 pendeta Kristian datang menemui Saidina Abu Bakar. Mereka menanyakan soalan-soalan yang tak pernah lagi beliau dengar. Ianya juga tidak pernah diceritakan dalam Al-Qura mahupun hadis. Begitu juga jadinya kepada para sahabat yang lain. Sehinggalah dipanggilnya Saidina Ali untuk tampil ke hadapan menjawab persoalan pendeta-pendeta tersebut.

Beliau dapat menjawabnya satu per satu dengan lancar. Apakah rahsianya? Sebenarnya sebelum wafatnya Rasullah, baginda telah mewasiatkan jawapan untuk soalan 12 pendeta tersebut. Kiranya dah macam time periksalah, hafal jawapan gitu. Beliau merasa terlepas beban dalam kepala tatkala datangnya pendeta-pendeta itu.

Pengajaran: Walaupun jauh untuk dikejar, sahabat pun ada persamaan dengan kita (selain manusia) . Budak sekolah kalau dah diberi jawapan pun belum tentu lagi ingat time nak periksa tuh! :P

Sumber: Kuliah maghrib di Masjid Ubudiyyah Seksyen 19

Labels: , ,