Momentous Script

Tok Ketua


To-Dos : Make custom follow, dashboard and back to top button.
Status : SAMTTAJIAN (2016). Machangster (2017-2020). Pundana (2020-2022). Freelance Artist (Present Days).


Home About Archive RSS Feeds


Messaging Rectangle

From neocities/nekoweb/nekocafe or have a personal site of your own? Feel free to drop your site for me to check out here too!^^ 


Compass





Credit : Placeholder banner photo by Christian Taylor Hauschild. Icons by Nightlight-Lullaby and PetraPixel, Blogskin by Wanaseoby from Blogger, Mouse Effect by MF2FM. Custom Blogger Archive by Kher Cheng Guan.




© 2014 - Eternity | Hazirul Shahran. Powered by Batcave and Blogger.com.
Tinggal Aku Seorang?
Assalamualaikum,

*6:37 p.m.*

Huh... dah lama benar aku tak bersuara/membebel kat sini ya? Sambil tengok Halaqah kat TV9 aku mulakan warkah baru aku dalam blog yang tak seberapa ni hmmm. Tak lama lagi nak masuk waktu peperiksaan penggal pertama jadi persediaan tuh memang on progress (lah sangat).

Straight to the point, sejujurnya aku suka sangat berbicara dalam blog merepek ni cuma masa sahaja yang menjadi masalah. Aku jugak mula teringinkan kawan blog macam blog famous yang lain cuma lebih terpencil skopnya. Aku teringin sangat ada kawan kat sekolah aku yang AKTIF berblog macam aku (lah jugak) sampai sekarang. Kebanyakkan yang aku jumpalah jugak, semuanya dah stop menulis post. Tak tahulah kalau hiatus ke berhenti terus tapi aku serious menunggu post baru dari acquaintance kat sekolah. Teringin nak tahu apa benda dia nak share. Asalkan bukan benda yang aku tak suka sudahlah kan?


Aku sangatlah kesunyian kalau bab berkawan dalam alam maya sampaikan aku lagi suka duduk terperuk jer kat asrama, at least ada orang nak ajak borak, nampak orang lain (aku suka glancing kat strangers kekadang, bukan tenung ke usha ke tak yeeee!). Aku berharap kepada sesiapa yang berkenaan, jangan buat aku syok sendiri boleh tak? *mata gemuk*

Labels: , , , , , , , , , ,