Momentous Script

Tok Ketua


To-Dos : Make custom follow, dashboard and back to top button.
Status : SAMTTAJIAN (2016). Machangster (2017-2020). Pundana (2020-2022). Freelance Artist (Present Days).


Home About Archive RSS Feeds


Messaging Rectangle

From neocities/nekoweb/nekocafe or have a personal site of your own? Feel free to drop your site for me to check out here too!^^ 


Compass





Credit : Placeholder banner photo by Christian Taylor Hauschild. Icons by Nightlight-Lullaby and PetraPixel, Blogskin by Wanaseoby from Blogger, Mouse Effect by MF2FM. Custom Blogger Archive by Kher Cheng Guan.




© 2014 - Eternity | Hazirul Shahran. Powered by Batcave and Blogger.com.
Mencari ubat
*12:00 a.m.*

Kali ini aku nak cerita pasal penyakit aku yang aku sendiri belum jumpa lagi ubat dia. Yalah biasanya kalau sakit cari jer kat hospital ke klinik ke farmasi ke. Tapi penyakit aku ni bukan penyakit biasa. Lagi memburukkan keadaan, ianya menggangu hidup aku dalam dunia nyata. *berpeluh muka*

Sejujurnya aku belum sedia nak menaip pasal benda ni tapi aku akan bagi klu sikitlah kot? Hurm. Ok, penyakit ni diklasifikasikan sebagai FOBIA.

Ya, pembaca semua ianya fobia tapi bukan fobia biasa macam gayat ke takut lipas ke takut tempat gelap ke takut kena kurung ke apa semua tuh! Ianya membuatkan aku rasa gelisah lagi-lagi kalau kat sekolah.


Setiap kali aku berjalan ke sana ke mari aku rasa cautious sangat takut fobia aku datang menerpa aku! Tapi benda ni tak boleh dihalang memandangkan ni cerita pasal sekolah, mestilah banyak orang lalu lalang apatah lagi fobia aku... *pandang kanan kiri kanan! kanan kiri kanan!*

*1:26 a.m.*

Aku bayangkan benda ni bawah kaki bermula dari bulatan merah sebagai pusat.
Aku selalu bayangkan bendalah ni bawah kaki aku dari awal sampai habis sekolah paling biasa. Benda ni takde time dalam asrama jer. Kalau nak tahu apa ke benda maksud dia :-

HIJAU: Kawasan yang selamat untuk objek fobia aku wujud. Kalau nak lama-lama pun aku boleh survive lagi, tengok keadaan.
Jejari:Lebih 5 meter

KUNING: Kawasan sederhana untuk objek fobia bertenggek. Nak berlama tuh tak digalakkan. Waktu ni aku dah start nak activate Sistem Kunci. Peluh pun mula memercik dari dahi.
Jejari:3-5 meter

MERAH: Kawasan paling bahaya kalau objek fobia aku bertapak! WAJIB kurang seminit kecuali kalau ada kes terpaksa tahap dharurat. (Maknanya kalau benda penting pun belum tentu aku nak terima!) Kalau lebih memang boleh HISTERIA ke apa? Perlakuan aku boleh jadi macam orang gila kalau tak sempat kunci.
Jejari: 1-2 meter

*9:07 a.m.*

ONE WAY AKU SURVIVE KAT SEKOLAH

Sebagai seorang murid,kewarasan itu sangat penting demi meneruskan hidup di dalam alam persekolahan kalau tak nak habiskan masa dalam bilik tertutup dan katil serta baju ketat... (faham ke tak ni?)

Benda ni aku panggil 'Sistem Kunci'. Aku gunakan ni kalau-kalau si objek fobia aku masuk ke kawasan bulatan merah. Sistem Kunci ni membantu aku untuk tak masuk ke jurang gelap masa depan baik sekarang lagikan akan datang. *tarik hembus nafas*

 
Hasilnya aku akan nampak tenang ataupun normallah paling baik. Sebab secara logiknya kalau benda fobia datang kat kita, kita boleh jadi hilang kawalan kan? Tapi aku cuba biasakan diri sebab kat sekolah memang tak boleh lari dah.

Dalam fasa kunci-mengunci ni aku akan mengalami internal screaming yang gila teruk! Kalau aku tak sempat KUNCI diri aku masa fobia aku menimpa diri memang ke Tanjung Rambutanlah jawabnya!

Teringat lagi masa exam Khamis lepas, masa tu dah time-out dah. Aku pulak masih terkontang-kanting nak check sama ada dah habis jawab semua soalan ke tak. Nasib baik soalan hitam-hitam at least boleh tembak kalau tak nayyyyyyaaaaa wooo! Dah larh cikgu subjek tuh tegas dia mysterious! Aku sendiri tak pasti nak cakap dia garang ke tegas ke apa. (Dia kot yang menjaga time tu uisshhh~)

Disebabkan aku terlalu gelabah time tu, jadi aku TERbuat benda yang tak patut dulu aku buat. (Benda biasa jer jangan risau...) Bukan apa, objek fobia dah masuk kawasan merah dan jangan lupa masa takkan berhenti ya. Tik tok tik tok. Patutnya aku campak hulur jer kertas jawapan tuh kepada yang berkenaan tapi aku pergi pakai spek dulu sebab aku tak sempat kunci habis sebelum pintu letup fobia aku kena drill! Aku sempatlah jugak kira berapa soalan dah jawab pastu pass kat dia macam orang tak betul agaknya. Moga-pamoga-moga dia tak benci aku huhu!


Haa... sampai sini jerlah aku bercerita pasal FOBIA aku. Lagi hebat kalau someone boleh teka apa bendanya penyakit aku ni. Serious aku tabik dia. *tabik*

Masa makin berjalan, usia pun makin bertambah jadi tipulah kalau aku kata aku tak nak penyakit ni hilang. Lagi memburukkan keadaan, benda ni boleh melibatkan masa depan aku! Buat masa ni aku cuma ada dia punya kerangka jer. Soal buat tak buat nanti Allah tentukan, aku ikut jer ok mungkin ada part tu aku kena usaha sendiri.

Labels: