Momentous Script

Tok Ketua


To-Dos : Make custom follow, dashboard and back to top button.
Status : SAMTTAJIAN (2016). Machangster (2017-2020). Pundana (2020-2022). Freelance Artist (Present Days).


Home About Archive RSS Feeds


Messaging Rectangle

From neocities/nekoweb/nekocafe or have a personal site of your own? Feel free to drop your site for me to check out here too!^^ 


Compass





Credit : Placeholder banner photo by Christian Taylor Hauschild. Icons by Nightlight-Lullaby and PetraPixel, Blogskin by Wanaseoby from Blogger, Mouse Effect by MF2FM. Custom Blogger Archive by Kher Cheng Guan.




© 2014 - Eternity | Hazirul Shahran. Powered by Batcave and Blogger.com.
Aku Kuat Perasan
*12:50 p.m.*

Aku kuat perasan. Dengan sebab itu aku hanya mampu jatuh hati dengan anime. Walaupun orang asyik tentang jer minat 'luar biasa' aku ni aku tetap 'memperjuangkan cinta' ini. Aku betul tak faham kenapa aku minat anime orang asyik tentang sedangkan sekarang ni aku cuma tinggal tengok One Punch Man jer. Itulah last anime yang tarik perhatian aku. Yang aku tengok zaman jahliah dulu semua aku dah tinggal. Tak adalah sampai tak tengok langsung cuma tonton sekilas pandang begitu? Paling penting passionnya sudah undetected.

Aku kuat perasan. Aku tahu apa boleh jadi kalau aku syok kat kaum Adam cipan ciptaan Illahi. I'll end up being syok sendiri all of the time. Jadi jangan persoal sebab aku minat anime, pretty please? At least aku tak pernah tak khusyuk solat sebab anime (sebab masalah  di sekolah lebih rumit). Aku tak letak 100% 'cinta' aku kat Genos anime sangat so aku memang tak pernah berbual rancak pasal anime walaupun dengan kawan yang minat gila arnab anime. Sebabnya aku nak minat aku ni cuma 1% dari hidup aku, just like that.

Aku kuat perasan. Sebab tu aku selalu berpuisi cinta mutakhir ini. (boleh tengok di Dialyp Muzsc) Hanya gambarkan sesuatu yang tak wujud. Mencoret buku nota kemudian menaip semula dalam laptop. Sadis benar hidup aku kan?

Aku kuat perasan. Sebab itu aku takut nak ada CRUSH. Kalau ada dengar khabar angin tuh minta tolong buang angin berita sebegitu. Serius aku lagi banyak rasa TAKUT berbanding MALU depan kaum Adam.

Aku kuat perasan. Nanti aku TERDOA benda bukan-bukan. Entah mintak jodoh ke apa? Mohon jangan buat aku perasan wahai Adam sekalian... (walaupun aku tahu tak wujud laki yang nak perhatian orang muka pecah macam aku ni ermmm)

Akhir sekali aku nak cakap...

Aku kuat perasan.

Hati-hati. *senyum sinis*

Labels: