Momentous Script

Tok Ketua


To-Dos : Make custom follow, dashboard and back to top button.
Status : SAMTTAJIAN (2016). Machangster (2017-2020). Pundana (2020-2022). Freelance Artist (Present Days).


Home About Archive RSS Feeds


Messaging Rectangle

From neocities/nekoweb/nekocafe or have a personal site of your own? Feel free to drop your site for me to check out here too!^^ 


Compass





Credit : Placeholder banner photo by Christian Taylor Hauschild. Icons by Nightlight-Lullaby and PetraPixel, Blogskin by Wanaseoby from Blogger, Mouse Effect by MF2FM. Custom Blogger Archive by Kher Cheng Guan.




© 2014 - Eternity | Hazirul Shahran. Powered by Batcave and Blogger.com.
Kenapa aku tak tolong dia?
Assalamualaikum,

*4:03 p.m.*

Suatu Sabtu 23 hari bulan April tahun 2016. Aku mengembara ke masjid negeri sebab pihak asrama kat sekolah aku dijemput datang, makan pun free. Ok, aku on sangat-sangat! Tipulah tak happy sebab dah seminggu lebih tak kenal dunia luar! 

Aku rasa terlalu semangat sampaikan aku berjalan terlalu ke hadapan. Patutnya ikut barisan setiap form tapi aku kisah apa? Sepatutnya pergi tempat baik-baik ni kenalah semangat kan kan? Semua budak aspuri pandang pelik jer kat aku, biasalah tu...

Ceritanya bermula selepas had masa kami dah habis...

Masa tu kami tengah berkumpul sampai semua budak asrama ada sebab takut ada yang 'terbang' ke Setia Alam mungkin?


Kumpul punya kumpul, ak ada perasan seorang hamba Allah macam dalam kesusahan. Aku pun terus jer tengok dia, macam tercari-cari suatu benda. Aku perasan dia belum pakai kasut ke selipar ke sandal dia lagi padahal dah nak kena gerak dah. Aku pulak yang jadi panik!

Serius aku hampir menangis sebab nampak dia tercari-cari sandal dia. Kalau boleh aku memang nak tolong tapi...

...
...
...

Aku takut dia fikir aku kenakan dia.

Sebab agak pelik kalau ada seorang perempuan boleh jumpa sandal seorang lelaki dengan sekali cari. Padahal kedua insan itu takde kena mengena pun hurm... Sedih aku tengok dia berdiri pakai stokin hitam jer! Ya Allah sadisnya!!! Aku perhati jer dia tuh. Gaya-gaya bermasalah dia memang buat aku gelisah.

Aku nak tolong. Tapi Allah tak izin. Mungkin ada benda lebih buruk boleh jadi? Apa pun, masa berjalan pulang ke asrama dengan budak aspuri aku sengaja lambat-lambatkan perjalanan aku. Nak tengok dia cari balik ke tidak sandalnya itu.

Apa yang aku pasti sandal saiz 45 warna merah-hitam bukan jenama Crocs tapi macam Crocs yang ada kat rak kasut no.22 (amboi detail gila) tuh dia punya. Sebab yalah, saiz 45 kot! Ada ke perempuan saiz kaki 45 selalunya? Saiz kasut aku pun baru nak dekat 40! Sungguh meragukan!

Jalan punya jalan, aku menangis sedikit sambil doakan dia jumpa sandal dia...



Asif, ya sadiqi!!!

*berguling-guling atas lantai sambil menangis*

Labels: