Momentous Script

Tok Ketua


To-Dos : Make custom follow, dashboard and back to top button.
Status : SAMTTAJIAN (2016). Machangster (2017-2020). Pundana (2020-2022). Freelance Artist (Present Days).


Home About Archive RSS Feeds


Messaging Rectangle

From neocities/nekoweb/nekocafe or have a personal site of your own? Feel free to drop your site for me to check out here too!^^ 


Compass





Credit : Placeholder banner photo by Christian Taylor Hauschild. Icons by Nightlight-Lullaby and PetraPixel, Blogskin by Wanaseoby from Blogger, Mouse Effect by MF2FM. Custom Blogger Archive by Kher Cheng Guan.




© 2014 - Eternity | Hazirul Shahran. Powered by Batcave and Blogger.com.
Pergilah dia dari hatiku
Assalamualaikum,

*8:48 a.m.*

La taqrabbul zina innahu kan fahishatau wasaaa'n sabila

Dalil lagenda.

Kini menusuk hatiku di skala lima.

Suatu malam Khamis, aku telah membuat keputusan yang drastik dan muktamad.

Kumulakan cerita ini dengan basmalah... *baca dalam hati*

Tahun lalu, hatiku mula berbunga tatkala TERlihat seseorang yang sering dilempar dengan gelaran ganjil-ganjil belaka. Tetapi bagiku dia hanya manusia normal seperti orang lain. Aku tidak pernah anggap dia sebagai manusia biasa tatkala lawaknya, aksi lucunya dan wajahnya menyinar mataku.



Kini itu semua kisah lama, aku tidak mahukannya lagi. Setelah turunnya bidadari ketiga dalam hidupku, aku mula muhasabah diri; mengingati segala dosaku yang bertaut kepada seseorang itu. Jikalau ianya menjadi titik-titik hitam pada pandangan manusia nescaya tiada ruang yang tertinggal! 



Tangisan insaf menitik dari birai kedua mataku. Tidak terbayang kesakitan menikam dada itu dengan lidah. Aku bersyukur, sungguh bersyukur atas huluran tangan dan tarikan-Nya kepadaku sebelum aku jatuh ke lembah gelap dan penuh dengan teriakan ngeri!

Berbalik pada malam Khamis, aku ambil keluar gambar cetak dia itu dari failku dan mula mengoyaknya cebisan demi cebisan. Pahit rasanya mahu meninggalkannya tetapi ketaqwaan lebih mendominasi. Jalan keinsafan tiada petanya oleh itu apabila kita sudah mendapat lokasinya jangan sesekali kita berpatah palik atau terus berpaling dari sana. Serius, bukan mudah untuk aku keluar dari lembah itu meskipun hanya dari pinggirnya sahaja!

Adik-adik junior sebilik menyokong hijrah aku. Aku sungguh terharu hati dibuatnya! Misi kedua, melihat si dia itu dengan pandangan kosong. Tiada emosi. Tiada reaksi. Alhamdullilah, ianya berjalan lancau lancar. Aku tidak lagi dihantui keterujaan yang batil bagi hati suci seorang muslim. Cewah!

Tuntasnya, hargailah hidayah yang sudah terhulur di hadapan. Anda tidak akan sesekali menyesal dengan keputusan terbaik dalam hidup. Ingatlah bahawa lalai sesaat membawa kepada menyesal bertahun!

Sekian.

*9:16 a.m.*

Labels: